Wednesday, 2 July 2014

SET BAJET DARAH TINGGI


SET BAJET DARAH TINGGI
 * Omegaguard
* Garlic complex


*menurunkan bacaan kolestrol
*menurunkan bacaan tekanan darah tinggi
*menurunkan kadar LDL (kolestrol tidak baik) dan meningkatkan HDL (kolestrol baik)


# KENAPA BAWANG PUTIH? 
1) Kebanyakkan ahli perubatan mendapati bawang putih adalah satu cara yang paling baik dalam mengatasi masalah tekanan darah tinggi.
2) bawang putih mampu memenuhi semua keperluaan agen terapeutik yang baik untuk mengurang tekanan darah tinggi.
kita tidak perlu lagi untuk mengambil ubat-ubatan moden yang adakala membawa kesan sampingan yang tidak baik.

so untuk lebih memudahkan kita boleh ambil bawang putih yang telah dibotolkan oleh Shaklee..
Setiap tablet Garlic Shaklee mengandungi 500mg bawang putih.


PM/whatsaap/wechat/sms/call:

0177191347 (AIN)
ID : 914750
POSTAGE: Keseluruh Negeri
COD : Parit Raja, Batu Pahat, UTHM




Wednesday, 25 June 2014

Set Mighty 3 Gem - ESP + MEALSHAKES + PERFORMANCE



Set Mighty 3 Gem - Set Sahur Super Instant- Senang dan Mudah disediakan
 Apa Kebaikan yang akan anda rasai sepanjang Ramadhan nanti?

~Membantu kekal cergas & bertenaga sepanjang hari
~Membantu memberikan rasa kenyang yang lebih lama
~Membantu mengawal nafsu makan & dalam masa yang sama membantu menguruskan badan
~Meningkatkan tahap kesihatan kerana ia mengandungi vitamin, Mineral, Protein, Kalsium, Karbohidrat, tenaga & asid amino yang diperlukan badan
~Membantu mencantikkan kulit & menghilangkan parut dan jeragat
~Membantu elakkan dehadrasi / kehilangan bendalir dalam badan
~Membantu dalam penyusuan susu ibu
 Persediaan puasa kami
 Mudah-mudahan dipermudahkanNya
 Set ini boleh membantu kita untuk kurang letih, kurang lapar dan in shaa Allah boleh melakukan aktiviti harian seperti biasa.

Kawan2!!  jom try 3 combinasi minuman terlaris sepanjang Ramadhan ini. Harga mampu milik pasti anda nikmati.


PM/whatsaap/wechat/sms/call:

0177191347 (AIN)
ID : 914750
POSTAGE: Keseluruh Negeri
COD : Parit Raja, Batu Pahat, UTHM



Sunday, 22 June 2014

Keperluan Supplement Semasa Ramadhan




Hai dear, dah lama tak update blog.
Now... time to blogging hihi ^_^

Puasa tinggal beberapa hari je lagi.
Mari persiapkan diri untuk melakukan ibadat sepanjang bulan Ramadhan ni.

Persiapan berpuasa:

 

Set Hot Ramadhan Shaklee (lbh kpd diri sendiri sbnrnye):

1) Tenaga
ESP  ( Soy Protein Isolate Powder)
Performance
Ostematrix

2) Kulit 
ESP  ( Soy Protein Isolate Powder)
Alfalfa
Vit e
B-Complex
Vitamin C

Kurus & sihat:
ESP  ( Soy Protein Isolate Powder)
Alfalfa
Lecithin/Omega

Ha... nampak mcm bykkan, tapi bila dh ade depan mata semua nak mkn.. Kesannye sudah semestinya SUPERB!!!

Kenapa supplement penting semasa Ramadhan?? 

Kerana semasa berpuasa, kita akan mudah berasa letih.
lagi2 musim panas mcm sekarang ni..
so, pengambilan supplement yang sihat dan betul amat penting untuk mengembalikan kesihatan dan mengekalkan kecergasan kita.
Bukan hanya untuk menjalani kerja2 seharian, malah untuk menjalankan ibadat dengan penuh tekun dan sabar
 *_^


Pengalaman saya consume pertama kali Ramadhan tahun 2012, buat saya sgt yakin dgn SHAKLEE..

Anda mahu? Jom... Saya bantu anda untuk menjadi sebahagian daripada Family besar SHAKLEE.. 



PM/whatsaap/wechat/sms/call:

0177191347 (AIN)
ID : 914750
COD : Parit Raja, Batu Pahat, UTHM










Monday, 3 June 2013

Set Resdung

Saya dapat informasi berkaitan resdung ni daripada blog: 
http://amanne8257.blogspot.com/search/label/SET%20RESDUNG%20SHAKLEE

Saya mahu kongsikan dengan semua sbb memang terbaik... ^_^

Apa itu RESDUNG

Resdung (sinusitis) adalah radang pada lapisan rongga hidung yang memiliki beberapa pasangan iaitu frontal, ethmoid, maxillary dan sphenoif.


TANDA-TANDA RESDUNG

* Hidung selalu tersumbat
* Lendir dari hidung dan tekak
 * Sakit atau rasa berat muka terutama kawasan di antara mata
* Sakit tekak yang berpanjangan dan berulang
* Demam atau rasa tidak sedap badan yang berpanjangan
* Gejala alahan hidung seperti bersin, gatal hidung dan sebagainya


PUNCA RESDUNG

1 . ALAHAN 


  • Terhadap jenis makanan tertentu , habuk , parasit (demodex) dan kutu.


  • Apabila kawan-kawan  mengalami alahan, daging yang bertindak sebagai penapis udara di dalam hidung akan membengkak.  Seterusnya ia menyebabkan pergerakan udara tidak dapat dikeluarkan.  Kalau udara itu tidak dapat keluar, ia pastinya akan terkumpul dekat dalam tu.  Kesannya, kulat akan tumbuh dan kawasan dalam hidung menjadi semakin membengkak..  Kawan-kawan  yang pernah mengalaminya pasti tahu tahap kesakitannya.

  • Struktur hidung yang tidak normal, yang mungkin diakibatkan oleh tulang hidung retak atau patah ketika kemalangan boleh menyebabkan seseorang mendapat penyakit resdung.  Bagi sesetengah orang yang mempunyai struktur tulang hidung yang "senget" tidak lurus (deviated nasal septum) , risiko untuk mendapat resdung adalah tinggi.

  • Kerosakan atau sakit gigi di bahagian atas boleh menyebabkan resdung.  Kuman atau bakteria yang berasal dari kerosakan atau sakit gigi boleh merebak dengan mudah ke rongga sinus dan menyebabkan resdung.  hal demikian kerana kedudukan gigi gusi atas amat berdekatan dengan rongga sinus.  Rongga sinus yang terdapat di dalam tulang pipi ( dikenali sebagai maxillary sinus) merupakan rongga yang paling kerap mendapat sinutisis akibat kerosakan gigi.

  • Disamping itu, kajian menunjukkan tabiat menyelam dan menyelam di air sungai atau kolam yang kotor serta laut yang tercemar turut menyumbang dan mengakibatkan penyakit ini.

  • Lebih parah lagi, resdung ini boleh merebak ke bahagian mata.  Akibatnya, anda boleh hilang deria penglihatan dan ia juga boleh menjangkiti otak.  Tetapi, resdung tidaklah berjangkit kepada orang lain atau diwarisi oleh keturunan..


PETUA MENCEGAH RESDUNG



  • Elakkan daripada memelihara binatang berbulu di dalam rumah seperti kucing dan arnab
  • Jangan menggunakan sarung bantal, cadar dan selimut yang diperbuat daripada bulu binatang
  • Ringankan tangan kawan-kawan untuk membersihkan carpet/permaidani.  Kalau perlu, gunakan penyedut hampagas (vacuum cleaner) yang berkualiti.
  • Kalau kawan-kawan nak mengemas rumah pakailah penutup hidung.
  • Minum air suam/mineral dengan kadar yang banyak.  Bagus juga amalkan sup panas.
  • Selalulah mencuci dan menjaga kebersihan muka kawan-kawan
  • Kalau kawan-kawan ada alahan terhadap jenis makanan tertentu (contohnya makanan laut, elakkan makan ok)


Dibawah ada petua untuk resdung yang boleh kawan-kawan amalkan. 


Jika kawan-kawan  ingin lebih mudah...cubalah Set Vitamin Shakleeyang terdiri daripada

1) Alfalfa Complex
2) Vitamin C
3) B Complex 


Berikut adalah fungsi setiap vitamin tersebut...

ALFALFA COMPLEX


  • Mempunyai kelebihan dalam mengurangkan keradangan sakit itu sendiri
  • Ia kaya dengan sumber klorofil dan membantu mengurangkan keradangan terutama akibat dari ekzema, resdung, alergik dan gegata.
  • * Pesakit SLE tidak digalakkan ambil Alfalfa..

B COMPLEX

  • B6 penting untuk pemuliharaan selaput lendir yang sihat dan membantu pengeluaran antibodi badan
  • Membantu dalam pembinaan protein dalam tubuh
  • Membantu hati menghasilkan glikogen yang diperlukan oleh kulit untuk menyingkirkan sel-sel mati
  • Memelihara sistem saraf dan berfungsi sebagai anti-stress

VITAMIN C


  • Bertindak sebagai anti-histamin tanpa perlu kita mengalami side effect dari pengambilan drugs anti histamin
  • Menstabilkan pengeluaran histamin dalam tubuh
  • Membantu mencegah penyempitan tiub bronkiol
  • Meningkatkan fungsi T-Cell dan Macrophage (Fungsi sistem pertahanan badan, sel darah putih)
  • Meningkatkan pertumbuhan tisu.


Anne dah cuba dan Anne dapat rasa kesannya..Tidak mengecewakan..Kini , Anne nak berkongsi dengan kawan-kawan semua kebaikannya...Kepada semua kawan-kawan yang diluar sana bolehlah mencubanya... 
*_^


Friday, 24 May 2013

NUTRIFERON

ANTI PANADAOL !!! 


Bertukarlah kepada NUTRIFERON yang telah dijamin SELAMAT | SEMULAJADI | BERKESAN untuk sistem PERTAHANAN BADAN :-)

Kandungan NUTRIFERON hanya :-
- Biji Labu
- Bunga Safflower
- Honeysuckle Jepun
- Plantago Asiatica

Anda MAMPU mengubah pengambilan Panadol untuk sistem pertahanan Badan anda dan keluarga
 

Thursday, 23 May 2013

Set Diet SHAKLEE



  • Basic course : Fat Emulsifier + Detox + Protein
  • Fat Emulsifier/Pemecah Lemak : Lecithin /OmegaGuard
  • Detox Product : Herb-lax / Alfalfa
  • Protein : Cinch Shake / ESP

Cara Nak Tahu Hari Subur

Tips Mengenai Kitaran Haid & Waktu Subur

Assalamualaikum W.B.T.

Hari ini saya ingin berkongsi maklumat dengan anda mengenai kitaran haid dan waktu subur bagi wanita. Saya kira maklumat ini sangat penting dan amat wajar untuk kita ambil tahu serta fahami dengan betul. Terutamanya kepada sesiapa yang sudah berkahwin dan inginkan anak.


KENAPA KITA PERLU TAHU WAKTU SUBUR WANITA?

Ada 2 sebab utama :-

1. Untuk memudahkan mendapat zuriat
2. Untuk mengelakkan daripada mendapat zuriat.

Kedua-duanya adalah sama penting. Ilmu ini mungkin boleh anda sebarkan dan digunakan secara praktikal.


MARI KITA FAHAMI KITARAN HAID WANITA

Kitaran haid wanita berlaku setiap bulan secara puratanya ialah 28-30 hari. Tapi wanita masing2 ada kitarannya sendiri ada 25 hari ada yang lambat sampai 35 hari. Tetapi secara puratanya ialah 28-30 hari.

Terdapat beberapa fasa di dalam kitaran haid. Anda perlu memahami fasa ini.

Hari 1-4

Ini dipanggil fasa pengeluaran haid (menstruation) – ketika ini darah haid keluar. Hari pertama period adalah penting untuk diketahui kerana ia adalah di mana fasa ini bermula. Pada hari pertama haid datang, ia perlu ditanda di kalendar dan tamat selepas berapa hari. Sebaik-baiknya ditanda setiap bulan sekiranya anda ingin merancang untuk mengandung. Anda boleh mengagak kitaran period anda beberapa hari di dalam sebulan.

Hari 5-13

Ini dipanggil fasa follicular. Pada fasa ini, hormon estrogen meningkat. Ketika fasa follicular ini, darah akan berkumpul di dinding rahim dan menebal untuk persediaan mengandung. Di kawasan ovari pula, telur yang berada di dalam bekasnya akan menjadi semakin matang.

Hari 14

Waktu inilah satu proses peneluran yang dipanggil ovulasi berlaku. Telur akan terkeluar daripada sarangnya disebabkan oleh peningkatan mendadak sejenis hormon yang dipanggil Luteinizing Hormone (LH). Telur ini sekiranya tidak disenyawakan oleh sperma akan mati dan hilang. Sekiranya ia disenyawakan, ia akan turun melalu saluran falopio ke rahim.

Hari 15-28

Ini dipanggil fasa luteal atau fasa secretory. Selepas telur dikeluarkan dari sarangnya, sejenis hormone dipanggil progestrone di rembes daripada sarangnya (corpus luteum). Ini menyebabkan dinding rahim semakin menebal. Setelah progestrone semakin berkurang kerana tiada persenyawaan berlaku, maka dinding ini akan runtuh sebagaimana runtuhnya tembok Berlin. Proses akan mengalami kitaran semula pada hari 1.


BILAKAH WAKTU SUBUR?

Setelah anda faham kitaran haid di atas, waktu yang terbaik untuk bersama suami-isteri ialah pada hari ovulasi berlaku. Ini adalah kerana ketika itu telur baru sahaja keluar daripada sarangnya.

Bilakah secara tepat ia berlaku? Sebenarnya ia adalah lebih kurang 14 hari daripada hari pertama period seterusnya atau ketika fasa luteal bermula.

** (14 days from the 1st day of your NEXT period – NOT your previous period)

Tak faham? Macam ni. Katalah dia period 28 hari, maka hari subur ialah 28 hari – 14 hari = 14 hari. Jadi, hari ke 14 itu adalah hari subur. Katalah period bulan itu 30 hari, maka 30 hari – 14 hari = hari ke 16 ialah hari subur bukan lagi hari ke 14. Sekiranya periodnya 35 hari maka 35-14 = hari ke 21 adalah waktu suburnya.

Ini adalah kerana fasa luteal pada kiraanya adalah biasanya tepat 14 hari setelah berlakunya ovulasi, sedangkan fasa folicullar boleh berubah2. Jadi waktu subur adalah 14 hari sebelum hari pertama period yang seterusnya. Sekiranya period anda adalah tetap 28 hari, tak jadi masalah untuk mengira waktu subur anda. Sekiranya period anda berubah-ubah, inilah timbulnya masalah mengira waktu subur.


CARA LAIN MENGETAHUI WAKTU SUBUR

Pada waktu subur, suhu badan wanita akan naik sedikit dalam satu darjah celcius. Juga terdapat lendiran cecair yang jernih daripada kemaluan. ini adalah disebabkan hormon yang meningkat ketika itu. Di Amerika terdapat kit untuk mengetahui kesuburan wanita melalui air kencing wanita.


MENGANGGAR WAKTU TERBAIK UNTUK MENDAPAT ZURIAT

Oleh kerana telur atau ovum tidak mempunyai jangka hayat yang panjang, iaitu dalam lingkungan 1-2 hari sahaja, maka tingkap untuk mendapatkan zuriat adalah sangat terhad. Oleh itu Allah mencipta sperma dengan kelebihan yang lain pula.

Selain daripada berjuta-juta sperma dilepaskan (setiap seorang lelaki adalah jutawan!), ia juga boleh bertahan selama 3-5 hari. Ini bermakna, sekiranya suami isteri bersama 3 hari sebelum waktu subur, atau 2 hari selepas waktu subur, maka ada peluang untuk telur itu berjumpa dengan sperma yang hidup lebih lama.

Oleh itu, untuk mendapatkan zuriat, pasangan boleh bersama setiap malam (atau siang hari kecuali pada bulan Ramadhan) pada hari ke 11, 12, 13, 14, 15, 16 period untuk mendapatkan waktu optimum hari kesuburan sekiranya period anda datang 28 hari. Itu adalah menganggarkan waktu subur adalah pada hari ke 14.

Anda boleh cuba setiap bulan untuk beberapa bulan sekiranya tidak berhasil. Ini adalah untuk memastikan waktu subur adalah sesuai dengan waktu bersama anda.


MENGELAKKAN MENGANDUNG MELALUI CARA KIRAAN

Selain daripada untuk mendapatkan zuriat, ada pasangan yang ingin mengelakkan mengandung dengan cara mengira kalendar.

Untuk pengetahuan anda, cara mengira melalui kalendar adalah berisiko dan tidak beberapa tepat. Ini adalah kerana anda mungkin boleh tersilap kira, atau kedatangan haid yang tidak beberapa teratur menyebabkan tarikh subur lari dari kebiasaan.

Oleh kerana anda tahu sperma boleh bertahan selama 5 hari di dalam rahim (ada kajian menunjukkan 7 hari !), jadi 5 hari sebelum dan selepas hari kesuburan adalah waktu yang dianggarkan tidak boleh bersama isteri ataupun terpaksa menggunakan cara kontraseptif yang lain.

Ada juga yang meletakkan 3 hari sebelum dan selepas waktu subur. Ini lebih rapat dan lebih berisiko. Terpulang kepada anda sendiri. Seperti yang saya khabarkan tadi, cara ini tidak beberapa tepat dan mempunyai risiko yang tersendiri.

Saya harap info ini boleh membantu pasangan suami isteri menganggar waktu yang terbaik untuk bersama dan waktu terbaik untuk mengelak daripada bersama.


Sumber: PakarHowTo